RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: PERLIS JUARA RAGBI KEBANGSAAN : PIALA PRESIDEN 2008
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
KUALA LUMPUR Dato Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail, Penasihat Skuad Ragbi Piala Presiden Perlis merangkap Exco Pelaburan, Pembangunan, Industri, Keusahawanan, Sains dan Teknologi Negeri Perlis amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain ragbi Perlis yang telah berjaya menumpaskan Kelantan dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Kebangsaan Piala Presiden 2008 di Padang Bellamy Pangkalan Udara Kuala Lumpur jam 6.30 petang semalam.
| Read more
RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: BERITA TERKINI: LEMBAGA PERTANDINGAN KRM UMUM PERLIS DAN KELANTAN LAYAK KE DIVISYEN SATU LIGA PIALA KRM MUSIM DEPAN
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
KUALA LUMPUR Perlis dan Kelantan mendapat berita gembira pada hari ini apabila Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Abang Najamuddin Jamlus mengumumkan Perlis dan Kelantan melayakkan diri ke Divisyen Satu: Liga Piala KRM Musim 2009.
| Read more
RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: SKUAD RAGBI PERLIS BERKABUNG DI ATAS KEMANGKATAN DYMM RAJA PEREMPUAN BESAR PERLIS
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
KUALA LUMPUR Dalam keghairahan menuju kemuncak Piala Presiden, Skuad Ragbi Piala Presiden Perlis telah dikejutkan dengan berita dukacita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Besar Perlis Tengku Budriah Tengku Ismail, 84 tahun yang telah menghembuskan nafas terakhir Tuanku pada jam 3.47 pagi semalam(Jumaat) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Al Marhum adalah Raja Permaisuri Agong yang ketiga Malaysia (1960-1965) dan merupakan Bonda kepada Penasihat Ragbi Perlis yang mempelopori era kebangkitan Ragbi Perlis hari ini; Yang Berhormat Mulia Dato Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail.
| Read more
RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: SEPARUH AKHIR: PERLIS DAN KELANTAN LAYAK KE PIALA AGONG
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
SUBANG Perlis dan Kelantan berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Ragbi Kebangsaan Piala AGONG 2008 apabila kedua-dua pasukan mengenepikan lawan masing-masing di Arena Ragbi Pangkalan Udara Subang dalam pertemuan peringkat separuh akhir Piala Presiden siang tadi. Perlis telah menewaskan Terengganu dengan mata (32-5) dan Kelantan pula menewaskan Perak (19-12).
| Read more
RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: PANGKALAN UDARA SUBANG: MEDAN PENENTU KE PIALA AGONG 2008
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
SHAH ALAM Pangkalan Udara Subang telah dipilih sebagai venue rasmi pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM) dan sekali lagi akan menjadi tuan rumah perlawanan peringkat separuh akhir Kejohanan Ragbi Kebangsaan Piala Presiden 2008. Kelab Ragbi Subang Airbase RC sedang giat melakukan persiapan terakhir menjelang pusingan akhir yang akan berlangsung di Arena Ragbi Pangkalan Udara Subang mulai Jam 3.30 petang esok, 28 November 2008 (Jumaat). Perlawanan separuh akhir pertama adalah di antara Perlis menentang Terengganu jam 3.30 petang dan Kelantan menentang Perak jam 5.00 petang.
| Read more
RAGBI PIALA KRM 2008: ATM CEMERLANG DENGAN REKOD TANPA KALAH
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
KUALA LUMPUR Skuad Ragbi Piala KRM Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah kelolaan Mejar Khalid Hamzah TUDM sememangnya tidak dapat ditandingi oleh Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah yang kini bersaing di dalam Liga Ragbi Piala KRM 2008. Pertemuan hujung minggu lalu di antara ATM menentang Negeri Sembilan di Padang Bellamy, ATM telah menurunkan pemain sayapnya yang berbakat besar, Redzuan Syariff (Jalut) dan Scrum Half berbisa ATM, Mohd Azhar Adnan (Kaduk).
| Read more
RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: KELANTAN JOHAN KUMPULAN B
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
KUANTAN Kelantan telah muncul Johan Kumpulan B Kejohanan Ragbi Piala Presiden 2008 apabila menewaskan Pahang (43-14) petang tadi. Terengganu menjadi Naib Johan Kumpulan B dan Pahang berada di tempat ketiga.
| Read more
RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: KUMPULAN B: KELANTAN TEWASKAN TERENGGANU (18-17)
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
KUANTAN Perlawanan sengit di Padang Kemunting Kuantan berpihak kepada pasukan ragbi Kelantan apabila mereka berjaya bertahan dengan 18 mata hingga ke minit akhir meskipun diasak kuat oleh pasukan ragbi Terengganu.
| Read more
RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: PAHANG TIDAK CUKUP BERSEDIA
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
KUANTAN - Tidak cukup bersedia, itulah yang dapat dilihat daripada permainan yang ditunjukkan oleh Pahang apabila kalah di tangan Terengganu. Pasukan tuan rumah gagal menyekat kemaraan pasukan Terengganu dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Kejohanan Ragbi Piala Presiden 2008 sebentar tadi di Padang Kemunting Kuantan apabila dibelasah teruk 63-5.
| Read more
Piala KRM & Piala Presiden
Post by: webmaster
Piala KRM
15 November 2008
Negeri Sembilan vs PDRM [13-13]
16 November 2008
ATM vs Selangor [36-05]
18 November 2008
Kedah vs PDRM [25-13]
Perlwanan seterusnya pada hari Sabtu ini (22 November 2008)
ATM vs Negeri Sembilan
TUDM, Kuala Lumpur
4:30 ptg
Kedah vs Selangor
Alor Setar
4:30 ptg
Piala Presiden
14 November 2008
Perlis vs Perak [12-03]
15 November 2008
Perak vs Kuala Lumpur [14-10]
16 November 2008
Kuala Lumpur vs Perlis [22-37]
Perlawanan seterusnya (Kump. B) akan berlangsung di Padang Kemunting, Kuantan, Pahang pada jam 4:30 ptg.
21 November 2008
Terengganu vs Pahang
22 November 2008
Kelantan vs Terengganu
23 November 2008
Pahang vs Kelantan
Sila muat turun Jadual Perlawanan Terkini dan keputusan di sini serta Format Pertandingan di sini.
| Read more
RAGBI PIALA PRESIDEN 2008: KELANTAN GANDINGKAN PASANGAN TIGA BERADIK
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
KOTA BHARU Kelantan membariskan gandingan tiga beradik, Khairul Azhar Mohd Noor, Shaizul Hafiz Mohd Noor dan Shaizul Hafifi Mohd Noor yang sering menjadi pilihan skuad tujuh sepasukan kebangsaan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM). Mereka akan digandingkan pada pertemuan menentang Terengganu dalam saingan kumpulan B petang Sabtu ini. Perlawanan Kelantan menentang Terengganu dalam saingan Piala Presiden 2008 ini akan berlangsung jam 4.30 petang, Sabtu di Padang Kemunting Kuantan Pahang.
| Read more
PERLIS JOHAN KUMPULAN 'A' RAGBI PIALA PRESIDEN 2008
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
ARAU Badrul Hisham Basri membuktikan kehebatan beliau setelah berjaya menyumbangkan dua Try pada minit ke 7 dan minit ke 71 di samping menyempurnakan dua tendangan conversion, satu tendangan penalti minit ke 30 dan satu drop goal pada minit ke 48.
| Read more
LALUAN BERLIKU BUAT SKUAD KUALA LUMPUR
Post by: webmaster
Diambil daripada: http://www.sukandaily.com
ARAU Perlawanan di antara Perak dengan Kuala Lumpur berkesudahan Perak menang tipis dengan mata 14-10. Separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat dengan mata 0-0. Seawal minit ke 5, Pengadil Hamid Sauh sudah melayangkan 2 Kad Kuning oleh kepada pasukan Kuala Lumpur. Keadaan ini menjadikan mereka terpaksa bertahan selama 10 minit dengan kekurangan 2 tonggak utama di dalam padang. Kuala Lumpur juga gagal memanfaatkan dua peluang penalti yang diperolehi mereka dalam separuh masa pertama. Pengadil Hamid Sauh juga terpaksa melayangkan Kad Kuning ketiga tidak lama selepas itu, tetapi kali ini kepada seorang pemain Perak pula.
| Read more
« Previous
Next »