Perlis jadi tumpuan

Diambil daripada: http://www.bharian.com.my
Oleh Mohd Ali Majid
bhsukan@bharian.com.my

KEMUNCULAN Perlis dalam kancah saingan ragbi Piala Agong musim ini, pasti ditunggu-tunggu peminat sukan itu apabila tirai kejohanan dibuka 14 Disember ini.

Ini kali Perlis ke kejohanan ini selepas menjuarai Piala Presiden bagi tiket ke saingan berprestij membabitkan lapan pasukan gabungan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

Pasukan lain yang mara adalah juara bertahan, Sabah, Selangor (naib juara), Angkatan Tentera (juara Liga KRM), Negeri Sembilan (naib juara Liga KRM), Polis Diraja Malaysia, Kedah dan Kelantan (naib juara Piala Presiden).

Perlis diundi bertemu Sabah untuk membuka tirai kejohanan pada 14 Disember ini manakala Kelantan bertemu Selangor. Tentera menentang PDRM di padang Pangkalan TUDM Kuala Lumpur manakala Kedah menanti Negeri Sembilan di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Star.


« Back To Main

 

Belia Benci Dadah    Putra University of Malaysia    International Rugby Board    National Sports Council    National Fitness Council