ATM AMAT BERBISA: KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS TURUT MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA AGONG

Diambil daripada: http://www.sukandaily.com

KUALA LUMPUR ¨C Pasukan ragbi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ternyata amat 'berbisa¡¯setelah mereka membelasah PDRM (29-3) tanpa belas kasihan dalam pertemuan suku akhir Ragbi Piala AGONG 2008 di Padang Bellamy, Pangkalan Udara Kuala Lumpur Ahad lalu.

Juara sebelas kali Piala AGONG itu dengan mudah menguasai keseluruhan perlawanan sekaligus memberi ruang minimum bagi PDRM yang hanya berjaya meraih tiga mata melalui Penalti yang dikenakan ke atas lawannya pada minit 75¡¯ oleh Sharil Azri, flyhalf PDRM. ATM pula berjaya memungut 29 mata melalui dua Try minit 30¡¯ dan 55¡¯ oleh pemain sayap ATM, Redzuan Shariff. Mohamad Azuwar Hassan, Rohimi Ahmad dan Mustafa A Wahid masing-masing menyumbangkan satu Try pada minit 51¡¯, 60¡¯ dan 68¡¯. Mohd Azuwar Hassan turut menyempurnakan dua tendangan Conversion pada minit 22¡¯ dan minit 69¡¯.

Dengan kemenangan itu ATM bakal bertemu Perlis dalam saingan separuh akhir di Padang Sekolah Menengah Dato¡¯ Syed Omar Alor Setar Kedah Khamis ini, 18 Dis 2008 jam 4.30 petang.

Ramai turut terkejut setelah tewasnya dua gergasi ragbi kebangsaan; Selangor dan Negeri Sembilan Ahad lalu. Selangor telah tewas di tangan Kelantan dalam pertemuan berasingan di Arena Ragbi Pangkalan Udara Subang. Naib Juara Piala Agong 2007, Selangor telah tewas kepada Naib Juara Piala Presiden 2008, Kelantan dengan mata (25-15). Di Stadium Suka Menanti Alor Setar, Kedah pula melakukan kejutan setelah menewaskan Negeri Sembilan dengan mata (20-19) dalam satu pertemuan yang amat sengit dan mendebarkan.

Perlis telah diistiharkan menang tanpa bertanding setelah Sabah menyatakan hasrat menarik diri pada minggu lalu. Perlis diberi mata kemenangan (28-00).


« Back To Main

 

Belia Benci Dadah    Putra University of Malaysia    International Rugby Board    National Sports Council    National Fitness Council