LALUAN KE AKHIR TERBUKA LUAS BUAT ATM, KEDAH, KELANTAN DAN PERLIS

Diambil daripada: http://www.sukandaily.com

ALOR SETAR ¨C Laluan ke akhir terbuka luas memandangkan Juara dan Naib Juara Piala Agong musim lalu, Sabah dan Selangor sudah tiada dalam kelompok empat pasukan teratas. Negeri Sembilan juga yang sering mara ke perlawanan akhir kini hanya mampu mara ke kategori Plate dan juga dilihat bakal mara ke saingan akhir Plate bertemu PDRM.

Juara sebelas kali Piala AGONG, ATM sudah mula berkira-kira untuk mara ke perlawanan akhir Piala Agong. Harapan ATM dilihat amat cerah setelah Perlis mengambil keputusan untuk tidak menurunkan ketiga-tiga pemain mereka dari Kelab RMAF Blackhawks seperti Kpl U Jalaluddin dan LUK Yusran dan LUK Rifian Jasmi. ATM turut menarik nafas lega sekali lagi apabila dua dari tiga tonggak kebangsaan Perlis, Mohd Amin Jamaluddin dan Wan Mohd Faizal Zulkifli (Kapten Bawah 20 Malaysia) juga tidak diturunkan dalam saingan separuh akhir ini kerana mewakili negara di Sukan Universiti ASEAN yang sedang berlangsung mulai 16 hingga 18 Disember 2008 di Shah Alam, Selangor. ATM dijangka akan menggunakan sepenuhnya peluang ini.

Pasukan Tuan Rumah Piala Agong 2008, Kedah juga dilihat sebagai pasukan pilihan memandangkan rekod mereka yang agak konsisten dalam saingan Liga Piala KRM yang lalu. Kedah dibarisi oleh dua pemain import berbangsa Fiji dan juga turut mengingkirkan pasukan Negeri Sembilan Ahad lalu dengan kemenangan mata yang agak tipis (20-19).

Kedah bakal berdepan Kelantan pada saingan separuh akhir ini. Kelantan bekas juara Piala Agong 2006 juga dilihat mempunyai peluang yang agak terbuka memandangkan mereka sekali lagi berjaya menggandingkan pasangan tiga beradik dari skuad kebangsaan untuk bertemu Kedah esok (Khamis).


« Back To Main

 

Belia Benci Dadah    Putra University of Malaysia    International Rugby Board    National Sports Council    National Fitness Council