ATM BERHASRAT TAMATKAN KEMARAU 8 TAHUN: BERTEMU KEDAH DI FINAL PIALA AGONG

Diambil daripada: http://www.sukandaily.com

ALOR SETAR- Juara Piala KRM, ATM dan Kedah akan berentap dalam perlawanan akhir Kategori Cup, Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi ke 26 di Stadium Sultan Abdul Halim Jalan Suka Menanti Alor Setar Kedah petang esok, 20 Disember 2008. Dalam saingan separuh akhir yang sengit semalam, ATM telah menewaskan Juara Piala Presiden, Perlis (32-13), manakala Kedah berjaya menumpaskan Kelantan (50-15).

ATM mengesahkan tempat ke Final Piala Agong 2008 setelah berjaya melakukan empat Try, tiga Conversion dan dua Penalti manakala Perlis hanya berjaya melakukan dua Try dan satu Penalti. Dalam pada itu perlawanan separuh akhir Plate di antara Selangor dan Negeri Sembilan tidak dapat diadakan kerana Selangor gagal menghadirkan diri. Ini telah menyebabkan Negeri Sembilan diberi kemenangan percuma (28-00). Negeri Sembilan dan PDRM akan bertemu di perlawanan akhir Kategori Plate di venue yang sama esok.

Kejayaan ATM melepasi halangan getir di peringkat separuh akhir kelmarin dilihat sebagai penawar kekecewaan setelah beberapa kali terkandas di separuh akhir saingan Piala Agong. Lebih menarik, ia merupakan peluang keemasan bagi ATM bagi untuk menamatkan kemarau lapan tahun setelah kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 1999.

“ Saya berharap agar dapat menamatkan penantian Piala Agong untuk kembali ke pangkuan Angkatan Tentera kerana sudah sekian lama kita berusaha untuk meraih peluang seperti ini. Saya menganggap peluang untuk menang masih 50-50 dan kita tidak boleh memandang ringan terhadap kemampuan pihak lawan” Ujar Setiausaha Agong Persatuan Ragbi ATM, Mejar Khalid Hamzah TUDM.


« Back To Main

 

Belia Benci Dadah    Putra University of Malaysia    International Rugby Board    National Sports Council    National Fitness Council