Malaysia Rugby Union
Pemilihan Pasukan Kebangsaan Bawah 20 Tahun
Written by Administrator Thursday, 06 August 2009 19:07
Pihak KRM akan membuat satu sesi pemilihan pemain secara terbuka bagi kategori bawah 20 tahun. Pemilihan ini adalah untuk persedian pasukan kebangsaan bawah 20 tahun bagi mengikuti Kejohanan Ragbi Asia bawah 20 tahun yang akan diadakan di Hong Kong pada 3 hingga 13 September 2009. Pasukan kebangsaan akan bermain di dalam Divisyen satu bersama dengan pasukan daripada negara Korea, Kazakhstan, Taiwan, Hong Kong, Sri Lanka, Thailand dan Jepun. Pihak KRM memanggil semua pemain ragbi yang lahir di dalam tahun 1990 dan 1991 untuk tampil di dalam sesi pemilihan ini. Sesi pemilihan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 8:00 Pagi
Tempat: Padang Utara, Petaling Jaya, Selangor
Kelayakan Umur : Lahir di dalam tahun 1990 & 1991
Latihan Pusat: 10 Ogos hingga 2 September 2009 di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor.
Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Kebangsaan 2009
Written by Administrator Thursday, 06 August 2009 18:55
Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Kebangsaan 2009 yang dijadualkan 8 dan 9 Ogos ini terpaksa ditunda ke 19 dan 20 Disember 2009.
Tarikh: 19 & 20 Disember 2009
Tempat: (Akan ditetapkan kemudian)
Persatuan Ragbi Putrajaya
Written by Administrator Thursday, 06 August 2009 18:48
Kesatuan Ragbi Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) kerana telah menjadi ahli gabungan KRM yang sah. Semoga kehadiran PRP di dalam keluarga sukan ragbi dapat memeriahkan lagi sukan ini.Pembantu Tadbir KRM
Written by Administrator Thursday, 06 August 2009 18:37
Pihak Kesatuan Ragbi Malaysia ingin memaklumkan bahawa Pembantu Tadbir KRM, saudari Murni Azlina Bt. Yurdeksi telah meletakkan jawatan bermula 20 Julai 2009. Dengan ini, beliau sudah tidak berkhidmat dengan KRM dan segala urusan hendaklah melalui pejabat KRM.
Pihak KRM juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas khidmat tenaga dan masa yang telah saudari Murni Azlina Bt. Yurdeksi berikan kepada sukan ragbi tanahair. Semoga pengalaman yang telah ditimba dari penglibatan bersama sukan ragbi dapat digunapakai dalam menjalankan tugasan baru nanti.
Selamat Maju Jaya
MESYUARAT AGONG KRM
Written by Administrator Friday, 31 July 2009 08:28
Semua Jawatankuasa KRM sessi 2007/2010
Semua Setiausaha Kehormat Ahli Gabungan KRM
MESYUARAT AGONG KRM
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong KRM bagi tahun 2009 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:-Tarikh:
1hb Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa:
10.00 pagi
Tempat:
Kompleks Sukan Tertutup MOM,
Tkt. 2C, Wisma MOM,
Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur .
Guinness Singapore Womens Rugby XV 2009
Thursday, 23 July 2009 10:15

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :-
Haflil Feisol - 012 3668666
Shaha Khalid - 012 6626795
NOTIS AWAL MESYUARAT AGONG KRM
Written by Administrator Friday, 17 July 2009 16:35
Semua Jawatankuasa KRM sessi 2007/2010
Semua Setiausaha Kehormat Ahli Gabungan KRM
NOTIS AWAL MESYUARAT AGONG KRM
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong KRM bagi tahun 2009 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:-Tarikh:
1hb Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa:
10.00 pagi
Tempat:
Bilik Seminar,
Tkt. Bawah, Wisma OCM,
Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur .
NOTA KEPADA EDITOR SUKAN
Tuesday, 07 July 2009 17:18
Berikut adalah maklumat mengenai tiga pertandingan ragbi yang akan berlangsung mulai hujung minggu ini.1.NS Royal Sevens
Kejohanan ini akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai ini di Sekolah King George V, Seremban. Pertandingan pada kedua-dua hari itu akan bermula pada jam 8.00 pagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan, Encik Jalil Burhanuddin (019-6680976).
2. 10 Sebelah Sekolah Menengah Sains Selangor
SMSS 10's ini juga akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai, tempatnya di Sekolah tersebut di Bandar Tun Razak. Pertandingan ini disertai oleh kelab-kelab Alumni dan satu kategori bagi sekolah-sekolah juga diadakan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Suhaimi Zainuddin (013-3472422).
3. Kejohanan Tujuh Sebelah Kebangsaan dan Kejohanan Remaja Tujuh Sebelah Kebangsaan.
Kedua kejohanan itu akan berjalan serentak pada 8 dan 9 Ogos 2009. Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah mengeluarkan surat meminta Kesatuan-kesatuan Negeri yang berminat menganjurkannya, supaya mengemukakan permohonan selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Lazimnya kejohanan ini disertai oleh semua pasukan negeri selain PDRM dan Tentera.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat KRM (03-20318336).
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh
Unit Perhubungan Awam
Kesatuan Ragbi Malaysia
NATIONAL 7' DAN NATIONAL YOUTH 7's
Written by Administrator Tuesday, 23 June 2009 17:27
NOTIS AWAL MESYUARAT AGONG
Monday, 22 June 2009 14:30
Semua Jawatankuasa KRM sessi 2007/2010
Semua Setiausaha Kehormat Ahli Gabungan KRM
NOTIS AWAL MESYUARAT AGONG KRM
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong KRM bagi tahun 2009 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di bawah:-
Tarikh:
1hb Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa:
10.00 pagi
Tempat:
Bilik Seminar,
Tkt. Bawah, Wisma OCM,
Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur .
Sila kemukakan sebarang usul bertulis sebelum atau pada 30hb JUN 2009.
More Articles...
Page 15 of 21












