SABAH JUARA PIALA AGONG SIRI KE 27
Sunday, 06 December 2009 14:57

ATM terlebih dahulu mencuri 3 mata melalui sepakan penalti Mohd Azuar Hassan diminit ke 11 permainan, tetapi Sabah membalasnya seminit kemudian melalui try Charles Billy dihujung padang. ATM yang lebih banyak mendiminasi permainan di separuh masa pertama banyak mendapat peluang untuk menambah mata tetapi gagal di sudahkan oleh barisan back mereka kecuali pad minit ke 20, Shafie Burhanalis meloloskan diri untuk membuat try dan seterusnya Azuar menambah 2 lagi mata untuk mereka mendahului dengan kedudukan 10-5 di separuh masa pertama.
Separuh masa ke dua, ATM masih dapat mengawal permainan dengan baik sehinggalah Sabah bangkit di minit ke 54 dan 61 untuk menyempurnakan 2 try melalui ayam tambatan mereka pada kejohanan kali ini, Benjamin Bortica dan Neville Philip dan dengan 1 sepakan conversion oleh Benjamin, Sabah kembali mendahului dengan 17 - 10. ATM yang cuba bangkit di 10 init terakhir permainan untuk menidakkan badi mereka selepas 10 tahun tidak menjulang Piala Agong, berjaya membuat try di hujung padang oleh Walter Anak Muyang tetapi Azuar gagal menambah 2 mata apabila sepakannya tersasar. Gerakan-gerakan selepas itu dikawal baik oleh Sabah sehinggalah Pengadil Abdul Hamid Sauh yang mengawal permainan dengan baik pada perlawana kali ini, meniup wisel penamatnya untuk seluruh anggota Pasukan dan penyokong Sabah menjerit kegembiraan.
Sementara itu dalam perlawanan bagi menentukan Juara kategori Plate di antara Negri Sembilan dan Johor berkesudahan dengan kemenangan besar N.Sembilan 32 - 0. Walaupun pada peringkat permulaan N.Sembilan sedikit kucar kacir disebabkan kelewatan kehadiran pemain mereka ke padang, pengalaman mereka yang sentiasa bermain diperingkat tinggi digunakan sepenuhnya untuk mengawal pemain-pemain muda Johor yang nampak goyah terutamanya dalam mengekang kombinasi gerakan 2 pemain warga Fiji yang mewakili N.Sembilan. Dengan 4 try di separuh masa permata dan tambahan lagi 2 try di separuh masa ke 2, N.Sembilan membawa pulang medal Juara kategori Plate Piala Agong 2009.
Y.B. Datuk Peter Pang, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Exco Belia dan Sukan Sabah, yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir pada kali ini, sudi menyampaikan Piala dan cenderamata kepada Juara dan Naib Juara Piala Agong siri ke 27. Sementara Y.Bhg Dato' Muhammad Muhiyuddin, Presiden KRM sudi menyampaikan medal bagi kategori Plate.
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini. Jika terdapat sebarang kekuranga dan kecacatan pihak kami ingin memohon maaf dan akan cuba memperbaikinya di masa akan datang.











