KEJOHANAN ANTARA KELAB KEBANGSAAN (NICC) 2009 - Week 3
Sunday, 27 December 2009 10:08
Oleh M.Suhaimi Zainuddin
RMR WARRIOR ATASI CABARAN KERIS CONLAY-BIB.
RMR Warrior bangkit di separuh masa ke dua untuk mengatasi cabaran sengit yang diberikan oleh Keris Conlay-BIB(KC-BIB) dengan kemenangan tipis 18-15.
Separuh masa ke dua, RMR menyusun semula barisan serangan mereka tatapi kegagalan barisan pertahanan mereka yang gagal membuat tackle yang kemas menayksikan Wan Mohd Sufian Wan Sodri meloloskan diri untuk menambah 5 lagi mata melalui try di hujung padang di minit ke 52 permainan. Menyedari agak jauh ketinggalan, RMR memantapkan lagi serangan mereka dan akhirnya berjaya melakukan try 5 minit kemudian untuk merapatkan jurang kepada 12-15.
Peluang untuk menambah mata melalui sepakan penalti di minit ke 63, tidak disia-siakan oleh Zainudin Suboh untuk menyamakan kedudukan. Permainan selepas itu bertambah sengit dengan ke dua-dua pasukan membuat serangan balas tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil dalam keadaan padang yang masih basah akibat hujan lebat yang turun sebelum permainan bermula sehinggalah diminit ke 80, RMR memperolehi penalti dihadapan tiang gol KC-BIB. Dengan sepakan ke arah gol yang dilakukan oleh Mohd Fuad Mutalib melepasi palang, 3 mata ditambah kepada mereka untuk mendahului sehinggalah wisel penamat ditiup oleh pengadil Ahmad Sham di masa kecederaan yang berlanjutan kepada 9 minit kemudiannya.
Sementara itu dipadang Pulapol, Polis Bersatu yang menang selesa minggu lalu ke atas SMS Old Boys mendapat tentangan hebat dari pasukan Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Kuantan. Mereka menang tipis dengan keputusan 15-12.
Dengan kemenangan ini, Polis Bersatu mengesahkan kedudukan mereka di tangga teratas kumpulan D sementara pasukan Polisas akan bertemu dengan pasukan SMS Old Boys di padang Politeknik Shah Alam pada petang Ahad 27hb Dec untuk menentukan pasukan mana yang akan mengiringi pasukan Polis Bersatu ke pusingan akhir yang dijadualkan bermula minggu hadapan.





