KEJOHANAN ANTARA KELAB KEBANGSAAN (NICC) 2009 - Week 4
Monday, 28 December 2009 15:12
Oleh M. Suhaimi Zainuddin
POLISAS LAYAK KE PUSINGAN AKHIR..
Ketinggalan 0-5 di separuh masa pertama selepas Ariffudin Abdul Hamid meloloskan diri untuk try pertama di minit ke 25 untuk SMS Old Boys dan seterusnya tersentak lagi selepas 9 minit perlawanan separuh masa ke dua bersambung dengan try Farid Aiman Mohamad Khaidzir, Polisas bangkit untuk melakukan serangan balas dan berjaya melakukan try di minit ke 61 apabila serangan balas mereka gagal di tackle kemas oleh benteng pertahanan SMS Old Boys.
Manakala ORCA yang menghadapi masalah pengangkutan terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada Ex-Semsira untuk perlawanan yang dijadualkan semula pada petang Ahad di padang Sek Syed Sirajuddin, Kangar. Dengan keputusan itu, Ex-Semsira mengetuai Kumpulan A diikuti dengan ORCA yang telah layak terlebih dahulu sebelum ini apabila satu lagi pasukan dalam kumpulan yang sama, KL Gunners tewas dalam kedua-dua perlawanan mereka.
Maka dengan itu ranking pasukan selepas tamat pusingan pertama adalah seperti berikut:
1. Sikamat Gunners,
2. RMR Warrior,
3. Polis Bersatu,
4. Ex-Semsira
5. Keris Conlay-BIB,
6. UIA
7. ORCA
8. Polisas
9. SMS Old Boys
10. STORMS
11. KL Gunners
12. D'Pepatih.
Carta Keputusan Perlawanan dan Carta/Jadual perlawanan akhir
Berikut adalah jadual perlawanan untuk peringkat Suku Akhir.
1. 2 Jan 2010 - 4.00PM - padang Polisas, Kuantan - Sikamat Gunners vs Polisas
2. 2 Jan 2010 - 4.00PM - padang VI, Kuala Lumpur - Ex-Semsira vs Keris Conlay-BIB
3. 3 Jan 2010 - 4.00PM - padang Pulapol, KL - Polis Bersatu vs UIA
4. 3 Jan 2010 - 4.00PM - padang 23 RMR, Ipoh - RMR Warrior vs ORCA

Pasukan SMS Old Boys

Pasukan Polisas

Pemain simpanan SMS Old Boys

Pemain Polisas gagal menangkap kemas bola semasa line-out

Pemain SMS Old Boys cuba mengatur serangan

Scrum yang dikawal baik oleh pasukan Polisas.





