KEJOHANAN LIGA SUPER KRM 2010 : WEEK 1
Monday, 22 February 2010 09:17
Oleh M.Suhaimi Zainuddin
KERIS CONLAY TUNJUK TARING.
Separuh masa ke 2, ASAS mula menunjukkan kebangkitan dengan menghasilkan 2 gol tetapi 1 gol dan 1 penalti tambahan untuk Keris Conlay di minit-minit terakhir permainan menutup peluang mereka untuk menidakkan kemenangan pertama Keris Conlay dengan keputusan 31 - 14.
Sementara itu dalam perlawanaan pembukaan pada petang Sabtu di tempat yang sama, pasukan pilihan, NS Wanderers tidak menghadapi masalah untuk melenyek Bandaraya Dragons yang tampak kurang bersedia menghadapi permainan tahap ini. Ketinggalan dengan 4 try dalam tempuh 10minit pertama permainan dimulakan, Dragon cuba bertahan selepas itu untuk megurangkan skor tetepi akur dengan keputusan 6-32 sebelum masa rehat.
Selepas rehat, nyata Dragons menjadi lebih kucar kacir untuk menghalang arus serangan NS Wanderers yang nampak mudah menembusi benteng pertahanan mereka untuk membuat try demi try bagi mengutip 46 mata lagi menjadikan jumlah keseluruhan selepas tamat perlawanan dengan keputusan 78 - 6.
Dan di padang TUDM Bellamy, JLJ DiRaja yang mengejudkan ASAS tahun lalu untuk menduduki ranking ke 3 liga, kali ini turun dengan sokongan kuat Pegawai Atasan mereka yang hadir ke padang untuk memberikan sokongan moral. Mendahului dengan 3 mata hasil sepakan penalti, JLJ dikejutkan oleh serangan balas Blackhawks yang berjaya mendapat try di hujung padang untuk mendahului 5-3 sebelum waktu rehat.
Separuh masa ke 2, permainan bertambah sengit apabila ke dua-dua pasukan sering berbalas serangan dan menghasilkan mata. Namun JLJ lebih menyerlah apabila berhasil menambah 12 mata melalui 1 gol dan 1 try berbanding Blackhawks yang hanya berjaya menambah 1 try. Cubaan Blackhawks untuk melakukan try di waktu kecederaan selepas kawalan bola yang baik sehingga hampir ke garisan gol pihak lawan nyata mengecewakan pemain dan penyokong mereka apabila pengadil, Abdul Hamid Sauh meniup wisel penamat selepas bola tidak dapat dimainkan dalam situasi ruck dan masa penuh permainan sudah pun tamat.
KEPUTUSAN PENUH WEEK 1:
SABTU:
1. NS Wanderers bt B.Dragons - (78-06)
2. JLJ bt Blackhawks - (15-10)
AHAD:
1. Keris Conlay bt ASAS - (31-14)





