Tunggu Kedatangan All Blacks Di Seremban Bulan Depan
Friday, 14 May 2010 11:50
http://www.bernama.com.my
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pasukan ragbi terkemuka dari New Zealand, Klasik All Blacks dijangka mengegarkan kejohanan 'Spirit of Rugby Cup Malaysia 2010' di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Seremban dari 11 hingga 13 Jun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Cendana Resources Sdn Bhd, Roslan Ibrahim dalam satu kenyataan berkata perlawanan kelas dunia yang dibawa ke Malaysia buat julung kali itu adalah sebahagian usaha pihaknya untuk mempromosi sukan ragbi yang semakin berkembang di Malaysia.
"Sukan ragbi dan nama All Blacks cukup sinonim dan Cendana Resources selaku penganjur kejohanan cukup berbangga dapat membawa pasukan ini ke Malaysia untuk bertarung dengan pasukan pilihan dunia yang akan dibarisi pemain terbaik dari seluruh dunia.
"Selain All Black, sebuah pasukan baru - Barbarians yang membariskan gabungan pemain terbaik di kepulauan Asia Pasifik dijangka akan turut mempamerkan aksi yang cukup menarik di kejohanan ini," katanya.
Pelancaran kejohanan tersebut diadakan di Seremban yang turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Industri Sukan Kementerian Belia dan Sukan, Mohamed Salleh, Presiden All Blacks Klasik, Andy Haden dan jurulatih Barbarians, Wayne Shelford.
"Negeri Sembilan dan sukan ragbi juga mempunyai ikatan yang istimewa di Malaysia kerana negeri ini melahirkan pasukan tempatan yang handal iaitu NS Wanderers yang muncul juara Liga Super anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia baru-baru ini," katanya.
Kejohanan tersebut akan disertai oleh enam pasukan handalan di mana All Blacks Klasik akan bertemu World XV; Barbarians Asia Pasifik (Asia Pacific Barbarians) bertemu Jepun XV dan pasukan kebangsaan Malaysia berdepan Thailand atau Singapura.
All Blacks Expected To Attract Rugby Fans In Seremban
The Classic All Blacks will field their top players, some of whom also represent New Zealand, and will face a world selection team comprising players from several other countries.
Cendana Resources Sdn Bhd chief executive officer, Roslan Ibrahim said in a statement that the world class match which was being staged in Malaysia for the first time was part of the efforts to promote rugby sport which was gaining popularity in Malaysia.
"The All Blacks and rugby are 'synonymous' and Cendana Resources, as the organisers of the championship, is proud that it succeeded in bringing the team to Malaysia to face a world selection team which will comprise the best players in the world.
"Besides the All Blacks, a new team - the Barbarians consisting of the best players in the Asia-Pacific region - is expected to put up an interesting performance," he said.
The launching of the championship in Seremban will be attended by the Secretary of the Sports Industry Division of the Ministry of Youth and Sports, Encik Mohamed bin Salleh, Classic All Blacks president Andy Haden and the Barbarians' coach, Wayne Shelford.
-- BERNAMA





