MRU Partner

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Links

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner

Promotion

Banner
Banner
Banner
Banner

Who's Online

We have 8 guests online

MALAYSIA JUARA ARFU U20 7's

Diambil daripada: www.sukandaily.com.my
JOHOR BAHRU, 11 JULAI 2011 - SKUAD BAWAH 20 TAHUN MALAYSIA dibawah bimbingan jurulatih kebangsaan Wan Ibrahim Wan Chik telah berjaya mengharumkan nama negara setelah semalam muncul juara Asian Rugby Junior Sevens Tournament-ARFU U20 7's yang telah berlangsung pada 9 & 10 Julai 2011 di Johor Bahru.

Kejuaraan peringkat Asia tujuh sepasukan bawah 20 tahun ini kali pertama di adakan di Malaysia. Ia telah menampilkan tujuh (6) buah negara iaitu Hong Kong (IRB World 27), Khazakhstan (IRB World 32), Singapura (IRB World 52) MALAYSIA (IRB World 57), Uzbekistan dan Brunei.

Malaysia U20 cemerlang harungi kejuaraan kali ini dan berjaya menewaskan semua pasukan dalam pusingan awal. Peringkat separuh akhir, Malaysia U20 menewaskan pasukan pilihan, Khazakhstan (40-00) dan mara ke final bertemu Hong Kong.

Pertemuan Malaysia dan Hong Kong amat sengit. Separuh masa pertama Malaysia U20 mendahului Hong Kong dengan mata 15-07 dan hasil persefahaman dan semangat juang yang tinggi, Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong (34-14)

" Pemain-pemain kita telah bermain dengan baik, penuh persefahaman dari kalangan mereka dan amat berdisiplin." Ujar Wan Ibrahim Wan Chik, Jurulatih Skuad B20 Kebangsaan.

" Ini merupakan pencapaian baik kita di peringkat Asia dan saya harap pasukan ini akan terus dibangunkan menjelang Sukan Olimpik 2016," Ujar beliau lagi.